Monday, September 8, 2008

Kenapa boleh berlaku ?????

Malam tadi setelah selesai mengimamkan solat terawih di Masjid Kg Banjar, aku terus pulang ke rumah. Kebiasaannya aku akan terus ke Surau Taman Intan Mas untuk bersama bertadarus dengan kumpulan remaja. Tapi malam tadi aku terus pulang ke rumah. Setiba di rumah , aku menerima panggilan telefon dari kakak ipar ku bertanyakan arah rumah adik iparnya di Kg Bahagia. Aku bertanya kenapa? Katanya ada kematian.

Aku terus ke tempat yang dijanjikan bersama isteriku. Kami bertemu di Taman Sri Murni dan terus kerumah yang dimaksudkan iaitu di Taman Sri Bahagia. Setibanya kami disitu , telah kelihatan ramai saudara mara dan jiran tetangga. Kelihatan juga ADUN Sg Manik merangkap Ketua Pemuda UMNO Perak.

Takziah kepada Cikgu Zulfitri ( guru SMK Seri Perak ) kerana kehilangan isteri tersayang iaitu Allahyarhamah Cikgu Akma Liza ( guru SK Perwira Teluk Intan ) yang terlibat dengan kemalangan dalam perjalanan menghadiri kuliah untuk pengajian Master beliau di UPSI Tanjung Malim. Dalam kemalangan yang berlaku sekitar jam 2 ptg Jumaat tersebut, kereta Toyota Avanza yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian.

Apa yang ingin aku kongsikan di sini ialah pihak-pihak yang mengambil kesempatan keatas kemalangan yang berlaku. Aku difahamkan seluruh barang kemas yang ada di badan termasuk gelang tangan, rantai leher, cincin hinggakan subang di telinga yang terselindung di belakang tudung kepala pun turut hilang. Bayangkan insan yang sanggup melakukan perkara ini. Dimana nilai kemanusiaan yang ada pada insan tersebut. Dikala insan yang menderita kesakitan yang membawa kepada kematian, ada insan yang mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Hal ini mesti diambil perhatian oleh pihak-pihak yang berwajib. Beg pakaian diselongkar, komputer riba dicuri dan banyak lagi...... Kenapa perkara ini boleh berlaku ?????

Harapan ku agar para pembaca dapat menyedarkan masyarakat melalui dakwah di mana-mana anda berada tentang peri pentingnya nilai-nilai kemanusiaan tak kira apa jua agama yang dianuti. Sekiranya yang melakukan perkara tersebut adalah orang Islam...... di mana nilai puasa yang sedang dilakukan. Sekiranya yang melakukannya seorang bukan Islam, di mana nilai kemanusiaan mu...........

No comments:

Post a Comment