Cardiff , 20 Mac :
Seawal 8.30 pagi kami menaiki teksi dari tempat penginapan di Sheffield menuju ke stesen bas Sheffield. Sekali lagi panggilan teksi memerlukan kurang dari 3 minit untuk sampai. Lepas sahaja telefon, dah sampai depan rumah. Sistem apa yang mereka gunakan ???
Bas bertolak jam 9.00 pagi kami menaiki bas National Express menuju destinasi seterusnya iaitu Cardiff. Setelah satu setengah jam perjalanan, kami tiba di Bandar Birmingham. Semua penumpang diminta turun kerana perjalanan akan bersambung pada jam 11.15 pagi. Rupanya pemandu bas hanya dibenarkan memandu dalam tempoh tersebut sekiranya perjalanan adalah jauh. Ini bagi membolehkan mereka berehat dengan secukupnya. Tapi pemandu bas di Malaysia tidak menikmati kemudahan sebegini baik. Patutlah banyak berlakunya kemalangan bas ekspres di Malaysia.
Kami tiba di Cardiff sekitar jam 3.00 petang. Bandar Cardiff merupakan bandar pelabuhan sebelum ini, tetapi kini bandar pelabuhan telah berpindah di Newport yang terletak sekitar 20 km dari Cardiff.
Kami tidak sempat menunaikan solat Jumaat pada hari tersebut kerana berada dalam bas. Kami difahamkan bahawa DS Nizar telah menyampaikan khutbah Jumaat di Leeds berhampiran dengan Manchester. Khutbah Jumaat yang cukup menarik disampaikan oleh DS Nizar dalam bahasa Inggeris telah mendapat pujian dari sidang Jumaat yang terdiri dari berbagai bangsa dan warna kulit.
Setibanya di Cardiff, kami telah disambut oleh seorang sahabat di sini. Disebabkan belum makan , kami di bawa untuk makan disebuah restoran di tengah-tengah bandar Cardiff. Menu yang dipilih ialah Mee Goreng Mamak. Di UK pun ada mee goreng mamak. Sedap juga.... maklumlah perut lapar. Sewaktu makan, terjumpa pulak seorang pelajar Malaysia yang berasal dari Titi Serong.... apa lagi berborak sakan lah YB Khalil.
Malamnya.... ada program bersama jemaah.
No comments:
Post a Comment