Wednesday, March 24, 2010

Selamat kembali ke tanahair

KLIA 23 Mac 2010 :
Alhamdulillah. Setelah 5 jam penerbangan dari Hearthrow Airport London jam 3.45 ptg waktu tempatan, kami tiba di Lapangan Terbang Cairo jam 10.00 mlm waktu tempatan. Seterusnya menunggu hingga jam 1.40 pagi untuk meneruskan kembali perjalanan pulang ke Malaysia. Penerbangan mengambil masa 8 jam lebih.
Jam 5.05 kami selamat mendarat di KLIA.
Di pintu keluar kapalterbang, Sdr Amran serta dua orang blogger telah sedia menanti. Seorang kenalan lama Sdra Amran yang bertugas di KLIA telah membenarkan beliau untuk masuk hingga ke pintu kapalterbang. Terima kasih kepada pegawai tersebut. Laluan keluar kami diiring oleh pegawai-pegawai KLIA tanpa sebarang halangan.
Alhamdulillah, segala urusan bagasi dapat diselesaikan dengan cepat tanpa sebarang masalah. Melepasi Imigresen juga tidak ada masalah. Terima kasih kepada pihak Imigresen yang juga memberikan laluan kepada kami.
Jelas membuktikan bahawa sokongan yang diberikan kepada DS Nizar amat padu. Semasa di Lapangan Terbang Cairo, DS Nizar dikerumuni oleh sekumpulan ahli rombongan kaum tionghua dari Johor yang bercuti di Mesir selama 11 hari. Mereka mengambil peluang untuk bergambar dengan beliau. DS Nizar juga sempat berbual dengan beberapa orang pegawai tinggi kerajaan yang menaiki kapalterbang bersama kami, disamping rombongan seramai 23 orang dari Triways Travel yang transit di Cairo sekembali dari mengerjakan umrah.
Alhamdulillah saya selamat tiba di Teluk Intan jam 12 tgh malam.

1 comment: